Breaking

Carl Jenkinson dedahkan rahsia peningkatan hantaran lintangnya


Minggu lepas sewaktu perlawanan Arsenal menentang West Brom, pemain muda fullback kanan The Gunners, Carl Jenkinson mempamerkan aksi kemas sepanjang perlawanan berlangsung.

Carl Jenkinson juga tersenarai sebagai right back kesebelasan pilihan EPL untuk minggu lepas. Pemain berusia 19 tahun tersebut menghamburkan pujian kepada Mikel Arteta yang penuh pengalaman memberikan banyak inspirasi kepada pemain muda sepertinya.


Pemain tersebut juga mendedahkan bahawa rutin tambahan sewaktu sesi latihan dengan pembantu pengurus Pat Rice telah memberikan hasil sebagaimana yang dipamerkan ketika menewaskan WBA minggu lepas. Katanya:
"Yeah, I try to practice my crossing as much as I can. 
"I’m always doing extra work with Pat [Rice], like crossing or heading or 1 vs 1 defending, I’m always trying to do extra work. 
"My crossing has been much better lately, just trying to get an assist, like obviously I’ve put a few in, hopefully someone can get on the end of one but we’re scoring goals and I can’t really complain on that front."
Pada perlawanan itu Carl Jenkinson menghasilkan sekurang-kurangnya lima hantaran lintang yang cemerlang untuk Arsenal. Peningkatan prestasi Jenkinson amat memuaskan dan menutup banyak mulut yang mempersoalkan tindakan Arsene Wenger membeli pemain tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.