Breaking

7 FAKTA: Arsenal vs WBA


Berdasarkan kepada perkembangan semasa Arsenal, yang kini semakin digeruni oleh pihak lawan. Walaupun Arsenal pernah jatuh dan merudum namun peningkatan hari ini menunjukkan banyak perkara sekiranya dikaji.. jadi 7 fakta untuk tatapan..

  1. Skuad Arsenal semakin serasi dan memahami corak permainan diantara satu sama lain. Chemistry ini sangat penting dalam menggerakkan jentera serangan serta menyerap asakan pihak lawan.
  2. Para pemain Arsenal mempunyai moral yang tinggi ketika ini dan ianya sangat penting supaya pemain boleh bermain mengikut strategi dan corak yang diterapkan oleh Prof. Arsene Wenger.
  3. Wengerball telah kembali dengan jentera serangan dan counter-attack yang pantas.
  4. Jack Wilshere masih belum bermain dan dia hanya akan menambahkan lagi kekuatan Arsenal apabila kembali dari kecederaan nanti.
  5. Jenkinson semakin serasi di bahagian pertahanan kanan dan Sagna akan kembali dengan lebih kuat selepas ini.
  6. Arteta dan Alex Song memberikan dimensi yang lebih luas kepada corak serangan Arsenal dan strategi untuk 1 pergi 1 stay menunjukkan keberkesanan ketika ini.
  7. Gandingan Vermaelen dan Koscielny memang mantap! Mertesacker memberikan peluang rotation yang diperlukan untuk memastikan ketiga-tiga pemain ini akan mendapat rehat dan masalah set-piece dapat dikurangkan.
Banyak lagi faktor positif yang boleh diperolehi dari perlawanan tersebut dan cukuplah 7 fakta sahaja dirungkai ketika ini. Kalau banyak sangat nanti jadi karangan peperiksaan pulak! Okay jangan lupa komen ye!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.